Home » » Kekejaman myanmar terhadap islam terbaru

Kekejaman myanmar terhadap islam terbaru

Posted by hinzart kaneki
WA'SIHIN BLOG'S "coretan seorang blogger kampung", Updated at: 14.06.00

Posted by hinzart kaneki on Sabtu, 01 Juni 2013

Ibaratnya “sudah jatuh ditimpa tangga”, itulah perumpamaan nasib yang menimpa umat Islam etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar. Setelah tidak diakui kewarganegaraannya, mereka dibunuh, kaum wanita mereka diperkosa, rumah-rumah serta masjid mereka dibakar manakala para ulama mereka ditangkap dan dibunuh, kini etnik minoriti ini telah dihalang untuk mempunyai lebih daripada 2 orang anak untuk setiap keluarga muslim Rohingya. Pihak berkuasa Myanmar menyatakan bahawa larangan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangi tindakan kekerasan terhadap etnik Rohingya. Ini adalah kerana dengan langkah terbaru itu, ia kononnya diharapkan dapat mengurangkan kebencian kalangan orang-orang Myanmmar terhadap kelompok Rohingya. Alasan tersebut sama sekali tidak masuk akal dan terbukti menunjukkan dengan jelas rasa kebencian yang sangat mendalam pihak berkuasa Myanmar terhadap umat Islam. Setelah diserang dengan stigma buruk dan manipulasi fakta, bermula daripada pengaburan fakta sejarah, memanipulasi jumlah angka korban yang terbunuh, serta menyatakan tidak wujud genocide di Myanmar sehingga menyatakan bahawa ia hanyalah sekadar konflik dalaman dan bukan konflik agama nasib buruk umat Islam di sana terus berlanjutan tanpa adanya sebarang pembelaan. Di manakah pemimpin dan tentera umat Islam yang mengaku sebagai saudara seakidah mereka berada pada saat ini? Di manakah Erdogan, Dr Muhammad Mursi, Bambang Susilo dan seluruh pemimpin Islam di dunia pada saat ini? Bukankah tentera-tentera mereka seharusnya diseru untuk melakukan Jihad ke atas mereka yang menghalang dan memusuhi Islam secara nyata dan terbuka? Adakah mereka tidak sedar bahawa darah dan maruah umat Islam rohingya yang tertumpah akibat penindasan rejim Myanmar itu adalah darah saudara seakidah kita? Kesakitan, rintihan dan kesengsaraan yang mereka alami seharusnya dirasakan oleh kita bersama. Sabda Rasulullah SAW: “Seseorang tidak layak digelar orang mukmin sehingga mampu mencintai saudaranya (sesama Muslim) bagaikan mencintai diri sendiri” [HR. Anas bin Malik RA] “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”. [HR. Muslim]. Di sisi lain, Nabi SAW memberitahu kepada bahawa nyawa seorang muslim itu lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. “Hancurnya dunia lebih ringan di sisi Allah dibandingkan terbunuhnya seorang muslim” [HR an-Nasâ`i (VII/82], dari ‘Abdullah bin ‘Amr. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi (no. 1395) (kosmo.com.my, 29/5)

Share This Post :

2 balasan artikel:

selalu gunakanlah bahasa yang baik dan benar untuk berkomentar di blog ini. komentar yang mengandung material melanggar hukum dan agama akan admin hapus.

.
cah ndeso yang penting kreatif www.bocahserang.blogspot.com
untuk donasi demi kemajuan blog silahkan klik link ini => DONASI

------TERIMA KASIH------

 
Copyright © 2015 WA'SIHIN BLOG'S "coretan seorang blogger kampung". All Rights Reserved
Template Johny Wuss Responsive by Creating Website and HINZHACK-BLOG